Friday, September 27, 2013

Mari Belajar Buat Rempeyek - Kacang Tanah

Bahan-bahan :-

2 cawan tepung beras
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar

2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
Sesudu teh garam

60 gm ikan bilis
100 gm kacang tanah
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:-

1) Dalam satu bekas bancuh Tepung beras bersama-sama rempah ratus (jintan putih/ manis dan ketumbar) dan ketepikan,
Santan, Kapur Dan Garam pula di masukkan bersama kedalam satu bekas kacau sehingga larut.
Selepas itu bolehlah di masukkan santan sedikit demi sedikit kedalam bekas tepung tadi. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat atau cair sanagt.
2) Panaskan minyak atas api yang sederhana besar, sebelum menggunakan acuan terlebih dahulu panaskan acuan dengan memasukkan kedalam minyak panas seketika (bagi mengelakkan tepung melekat).
3) Dengan menggunakan bekas yang lebih kecil ambil adunan tepung dalam 2 senduk, kacang segenggam dan sedikit ikan bilis, gaukan bersama. Ambil sesudu kecil adunan kedalam acuan tadi dan mulakan menggoreng sehingga siap!

Harap mencuba resepi saya ini yerr.. pasti sedapp..