Bakery Pastry Store - Jom Buat Kek
Bahan Berkualiti Menjanjikan Hasil Yang Terbaik Lagi Ummphh...
Beli bahan membuat kuih pastry & bakery anda disini!!
Thursday, December 19, 2013
Gara2 Cheese Cake Leleh!
HOT ITEM DI PASARAN GARA2 CHEESE CAKE LELEH
1. Whipped Cream (non dairy) RM9.80
2. Cream cheese RM7.30
klik disini!!
MOIST CREAM CHEESE LELEH
250gm cream cheese
120gm susu pekat manis
50ml whipped cream
Cara - cara
1) Campurkan kesemua bahan bahan di atas denagn menggunakan mesin pengadun pukul bahan tersebut sehingga sebati, adunan ini memang betul2 lembut dan meleleh.
2) Bolehlah dihiaskan di atas kek keju anda.
Friday, October 25, 2013
Congo Bars
RESEPI CONGO BARS
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional
1)Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
2)Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
3)Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
4)Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
5)Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.
Note: Selamat mencuba kawan kawan, semoga berjaya.. Post lah pic klu dah siap
Friday, September 27, 2013
Mari Belajar Buat Rempeyek - Kacang Tanah
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung beras
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
100 gm kacang tanah
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-
1) Dalam satu bekas bancuh Tepung beras bersama-sama rempah ratus (jintan putih/ manis dan ketumbar) dan ketepikan,
Santan, Kapur Dan Garam pula di masukkan bersama kedalam satu bekas kacau sehingga larut.
Selepas itu bolehlah di masukkan santan sedikit demi sedikit kedalam bekas tepung tadi. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat atau cair sanagt.
2) Panaskan minyak atas api yang sederhana besar, sebelum menggunakan acuan terlebih dahulu panaskan acuan dengan memasukkan kedalam minyak panas seketika (bagi mengelakkan tepung melekat).
3) Dengan menggunakan bekas yang lebih kecil ambil adunan tepung dalam 2 senduk, kacang segenggam dan sedikit ikan bilis, gaukan bersama. Ambil sesudu kecil adunan kedalam acuan tadi dan mulakan menggoreng sehingga siap!
Harap mencuba resepi saya ini yerr.. pasti sedapp..

Subscribe to:
Posts (Atom)